WordPress dengan VPS Digital Ocean

Virtual Private Server

Digital Ocean merupakan salah satu penyedia VPS terbaik setakat ini. VPS merupakan satu singkatan bagi Virtual Private Server. Atau secara analogi mudahnya, anda menyewa satu ruang pejabat dalam satu bangunan dan ruang tersebut anda seorang yang punya. Manakala Shared Hosting pula, anda bersesak-sesak dalam satu ruang bangunan tersebut dengan pengguna lain.

Bagi pemilik laman web bukan produktif atau tidak mempunyai trafik yang terlampau tinggi. Shared Hosting adalah pilihan yang terbaik kerana selain murah, Shared Hosting dioptimasikan oleh pihak hosting. Jadi anda tidak perlu pening kepala dengan teknikal hosting.

Namun jika laman web anda adalah laman web yang amat tinggi trafik atau mempunyai transaksi jual beli yang tinggi. Maka VPS adalah pilihan yang lebih baik. Namun untuk menyeleggara dan memasang laman web di VPS bukanlah satu perkara yang mudah. Jika anda adalah seorang yang teknikal, maka boleh terus beli di Digital Ocean.

Namun jika anda ingin memastikan VPS anda terjaga dan tak perlu terlampau teknikal. Saya cadangkan anda menggunakan Cloudways. Cloudways adalah satu perkhidmatan Managed VPS di mana mereka akan memantau VPS anda dan memberikan Support kepada anda jika anda sesat dalam perjalanan VPS anda. 😀

Langkah-langkah untuk memasang WordPress dalam VPS Digital Ocean

Jika anda ingin memasang laman web WordPress dengan VPS Digital Ocean, langkah pertama anda perlu buat adalah mendaftar dengan Cloudways. Anda boleh mendaftar akaun percubaan secara percuma sahaja. Perlu diingatkan, VPS percubaan anda adalah terhad kepada 2GB Ram dan sehingga 3 hari sahaja*.

Setelah mendaftar, anda akan dibawa ke halaman berikut, jika tidak, sila klik pada Servers. Seterusnya pilih WordPress dan namakan nama wordpress anda serta namakan server anda, cipta project.

Pilih Digital Ocean sebagai VPS pilihan anda. Untuk percubaan boleh pilih sehingga 2GB, namun untuk server berbayar, digalakkan untuk memilih 1GB sahaja dahulu kerana anda boleh menaiktaraf spesifikasi server anda mengikut keperluan.

Kemudian pilih lokasi server. Jika anda berada di Malaysia atau Indonesia, digalakkan untuk memilih server Singapura kerana ini menjamin kelajuan penyampaian laman web anda kepada pengunjung. Terutama jika majoriti pengunjung dari Malaysia atau Indonesia. Dengan cara ini anda tidak perlu lagi memakai CDN.

Kemudian tekan Launch.

Setelah anda tekan Launch, server VPS anda kini sedang dipasang oleh Cloudways. Biasanya mengambil masa 10-15 minit mengikut keadaan semasa.

Sementara menunggu VPS anda siap dipasang, anda boleh menyediakan domain anda. Anda dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan Cloudflare untuk menguruskan DNS anda. Pergi ke Cloudflare dan tambah domain anda.

Pilih Plan Percuma. Anda akan dibawa ke halaman ini untuk menukar nameserver anda. Anda perlu copy nameserver baru ini dan tukar di registrar domain anda. Bergantung kepada di mana anda membeli domain anda. Anda boleh dapatkan domain murah di sini.

Dalam kes ini, saya membeli domain melalui namesilo. Gunakan kod BSENETWORK untuk dapatkan diskaun sebanyak USD1 bagi pembelian kali pertama. Saya tukar nameserver saya dalam panel namesilo.

Selepas anda menukar nameserver tersebut. Anda perlu menunggu dalam beberapa jam sebelum dns Cloudflare anda diaktifkan. Sebelum aktif, hanya paparan berikut dipaparkan.

Selepas beberapa ketika, dns Cloudflare anda kini diaktifkan. Anda akan dapat paparan seperti berikut. Untuk meneruskan tetapan vps kita, Klik pada DNS.

Dalam DNS tersebut, anda akan lihat ada beberapa rekod. Untuk itu anda perlu kembali kepada Cloudways dan klik pada server anda. Salin alamat ip server VPS anda.

Di dns Cloudflare, anda hanya perlu tukar ip pada A record domain utama anda kepada ip server. Rujuk gambar di bawah. Sekarang anda sudah boleh tutup laman web cloudflare dan boleh terus fokus di Cloudways.

Seterusnya, anda perli klik application, cari domain management dan masukkan primary domain anda.

Sekarang laman web wordpress anda sudah siap dipasang dalam VPS Digital Ocean dengan domain sendiri.

Seterusnya adalah untuk memindahkan laman web sedia ada anda ke VPS. Log masuk laman web sedia ada anda, tambah plugin baru, cari Cloudways WordPress Migrator. Pasang dan aktifkan.

Anda perlu dapatkan maklumat berikut, klik application dan klik access detail. anda perlu salin maklumat yang ditandakan.

Begitu juga dengan maklumat di Servers-Pilih server-Master credentials. Salin maklumat berikut.

Kembali ke laman web sedia ada anda, masukkan maklumat yang diminta kemudian tekan migrate.

Anda akan dibawa ke halaman ini, tunggu sehingga selesai.

Tahniah, laman web anda telah berjaya disalin ke VPS digital Ocean. Mudah kan.

Berikut dibuat perbandingan kelajuan antara VPS dan shared hosting BSE Network. Walaupun BSE Network hanya Shared Hosting tapi disebabkan optimasi server dan wordpress. Shared Hosting lebih laju berbanding VPS, namun tidak adil kerana tetapan serta kedudukan server dengan pusat ujian yang agak berbeza.

 

Semoga artikel ini bakal memberi manfaat kepada semua pembaca BSE Network. Untuk maklumat, server di atas bakal ditutup kerana berisiko tinggi memandangkan terdedahnya maklumat ip dan username database. Jadi tak boleh nak test lah ye. 😀

 

Tinggalkan Balasan

Close Menu