WordCamp Malaysia 2017

WordCamp Kuala Lumpur 2017

WordCamp KL 2017 ialah satu persidangan bagi komuniti WordPress, ia melibatkan semua tahap pengguna daripadalah pemula WordPress sehinggalah pembangun laman web professional dan konsultan. Walaupun Anda masih lagi baru dan tak tahu apa-apa tentang WordPress, anda juga dijemput hadir ke persidangan ini.

Dalam persidangan ini, pelbagai aktiviti diadakan, antaranya adalah pembentangan dari penceramah-penceramah hebat, aktiviti perkenalan dengan komuniti WordPress dan perbincangan mengenai masalah dan halatuju WordPress. Dalam persidangan ini juga disediakan makanan tengahari dan kudapan Halal percuma. Dijemput datang beramai-ramai. Ini adalah aktiviti Wordcamp pertama kedua di Malaysia.

Apakah itu WordCamp?

WordCamp adalah satu acara kasual dan diuruskan oleh komuniti wordpress tempatan, di dalam wordcamp akan dibincangkan segala macam isu berkenaan wordpress. Antaranya berkenaan keselamatan, pembangunan web wordpress, teknik blogging, cara menulis artikel yang baik, SEO dan lain-lain.



Wordcamp telah diadakan di 65 buah negara, dan tahun ini Malaysia bertuah kerana Wordcamp pertama kali kembali diadakan di Malaysia setelah 7 tahun berlalu. Untuk melihat makluman berkenaan Wordcamp, sila berkunjung ke web rasmi mereke di sini. https://wordcamp.org

Wordcamp yang diadakan di Singapura pada tahun 2016

Tarikh dan Lokasi Wordcamp Kuala Lumpur 2017

Wordcamp Kuala Lumpur 2017 dengan bangganya diadakan di lokasi berikut:

Tempat: Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur (Bukit Bintang)
Tarikh: 25 November 2017
Masa: 8:00 pagi hingga 5:30 petang

Berikut dilampirkan peta lokasi bagi kemudahan anda.

Acara Wordcamp Kuala Lumpur ini adalah acara berbayar dengan harga tiket bernilai RM70/individu sahaja. Jangan risau, harga yang dibayar merangkumi makanan dan kudapan Halal dan Cenderamata. Namun bagi beberapa peserta terawal akan dapat harga RM55 sahaja. Tempah tiket anda sekarang di https://2017.kualalumpur.wordcamp.org/tickets. Tiket terhad kepada 150 orang sahaja. Jangan ketinggalan.

Jangan Lepaskan Peluang Ini

Serius, jangan lepaskan menjadi antara mereka yang menghadiri acara Wordcamp yang kedua di Malaysia, Wordcamp pertama pada 2010. Pastikan nama anda dilakar dalam sejarah. Jika anda cintakan WordPress pasti anda akan hadir ke Wordcamp Kuala Lumpur 2017.

Tak kira lah anda masih baru atau otai, acara ini adalah untuk kita semua. Kami di WpMalaya amat menyokong acara sebegini dan jika tiada aral, kami akan hadir ke Wordcamp Kuala Lumpur 2017. Jumpa di sana!

Pembetulan ralat: WordCamp KL 2017 adalah Wordcamp kedua, Wordcamp pertama adalah pada tahun 2010 di Mid Valley Megamall.

Tinggalkan Balasan

Close Menu