Terma & Syarat BSE Network Unlimited Hosting

Unlimited Usage Web Hosting

Adalah mustahil bagi server fizikal untuk memberikan jumlah fail unlimited, namun kami tidak menyekat sebarang penggunaan ruangan storan selagi mana ia adalah untuk kegunaan laman web.

Sebarang video atau fail yang bersaiz 50MB/fail atau lebih hendaklah dihostkan ke tempat lain. Tiada had inode.

Tiada sekatan dikenakan bagi penggunaan bandwith kecuali akaun anda digunakan sebagai DDOS bot, akaun anda akan ditamatkan tanpa pampasan jika sengaja.

Bagi emel pula, maksimum emel boleh dihantar adalah 750 emel/jam. Mana-mana klien yang menggunakan hosting BSE Network untuk menghantar emel SPAM, akaun anda akan ditamatkan tanpa sebarang pampasan.

Apakah Jenis Laman Web Yang Dibenarkan?

Kami membenarkan semua jenis laman web dari korporat, e-dagang dan mini-site. Kami mencadangkan web hosting ini digunakan dengan WordPress kerana hosting ini dioptimasikan untuk wordpress.

Semua laman web yang dihoskan dalam hosting kami hendaklah tidak bercanggah dengan undang-undang Malaysia.

Laman web pornografi, dadah, senjata api dan laman web phishing adalah dilarang sama sekali. Jika kami menerima laporan daripada pihak berkuasa @ SKMM, akaun anda akan ditamatkan tanpa sebarang pampasan.

Laman web provokasi agama dan perkauman adalah dilarang dihoskan di dalam hosting BSE Network.

Web untuk aplikasi sistem

Hosting kami secara amnya dikhususkan untuk wordpress samada blog atau e-commerce. Namun juga boleh digunakan web aplikasi lain.

Hosting kami menghadkan hanya 786MB RAM/akaun dan 20 entry process dalam satu-satu masa.

Perkhidmatan Bantuan Teknikal

DIsebabkan harga yang kami sediakan adalah paling minima. Kami hanya menyediakan bantuan teknikal di peringkat server sahaja. Iaitu memastikan server sentiasa live.

Untuk sebarang khidmat teknikal selain di atas, contohnya masalah kod wordpress atau kod website anda, kami tidak menyediakan khidmat teknikal.

Namun begitu, kami mengambil upah membantu anda menyelesaikan segala permasalahan anda menegenai wordpress dengan upah sebanyak rm50/tugasan. Hanya untuk wordpress yang dihoskan di dalam hosting kami sahaja.

Coming soon

Coming soon

Coming soon

Coming soon

Coming soon

Coming soon