Server Error 500 – Bagaimana cara baikinya?

Antara perkara yang paling mengecewakan para pembangun laman web adalah masalah “error 500 internal server error”. Apakah itu error 500?. Error 500 adalah satu keadaan di mana server tidak dapat memproses maklumat laman web anda, samada masalah itu dari server atau daripada pembangun laman web itu sendiri. Kebiasaannya adalah daripada pembangun web itu sendiri. Jika masalah dari server, solusinya hanya perlu refresh halaman web dengan menekan (Alt + F5).

Namun selalunya error 500 ini adalah berpunca dari kesilapan pembangun laman web itu sendiri. Berikut disenaraikan beberapa masalah yang selalu berkaitan dengan error 500 dan cara untuk mengatasinya.

Masalah kod dalam .httaccess

Ini adalah isu paling biasa untuk error 500. Untuk menyelesaikan isu ini. Anda perlu menamakan semula fail .httaccess kepada httaccess.old. Cuba reload laman web anda, jika laman web anda boleh dipaparkan, maknanya ada kod yang perlu dibaiki dalam fail .httaccess anda. Sila semak kod dalam fail httaccess.old dan baikinya, selepas itu, namakan kembali kepada .httaccess.

Jika selepas tukar ke httaccess.old, laman web anda masih belum boleh dipaparkan, http error 500 bukannya dari .httaccess, namakan balik kepada .httacces dan cuba cara seterusnya.

Masalah keizinan fail dan folder (folder & file permission)

Ini antara isu kedua paling besar dalam kes http error 500. Cara untuk selesaikannya adalah anda perlu masuk ke dalam File Manager di dalam Cpanel anda. Biasanya untuk wordpress, folder theme atau plugin yang mempunyai keizinan fail yang salah.

Sila ubah keizinan fail dan folder anda kepada nilai yang betul. Keizinan folder yang betul adalah 755, manakala keizinan fail yang betul adalah 644.

Jika anda adalah pengguna webhosting BSE Network, dan anda melihat keizinan fail 000, sila hubungi khidmat bantuan. Dilarang mengubah keizinan folder 000, kerana kemungkinan folder itu mempunyai virus atau kod jahat, sistem kami menghalang akses folder tersebut. Sila hubungi khidmat bantuan untuk cara hapuskan fail tersebut.

Menggunakan plugin/skrip/theme yang tidak sesuai dengan versi php

Http Error 500 boleh juga disebabkan oleh skrip/plugin/theme yang tidak disupport oleh versi php. Oleh itu sila gunakan versi versi PHP yang sesuai atau menukar kod skrip/plugin/theme agar sesuai dengan versi PHP yang anda gunakan.

Versi PHP untuk hosting BSE Network adalah 5.6 hingga 7.2 (ketika artikel ini ditulis, 23/02/2018). Oleh itu, kebanyakan skrip/plugin/theme yang dibuat untuk versi sebelum 5.6 kemungkinan tidak akan berfungsi dengan hosting kami.

Masalah PHP memory limit, PHP timeout setting

tetapan limitasi PHP juga boleh menyebabkan masalah http error 500. Untuk menyelesaikannya, anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini.

CARA UBAH TETAPAN PHP – Klik Sini

Melangkaui had limitasi RAM akaun hosting anda

Setiap akaun hosting mempunyai limitasi RAM yang boleh digunakan, bagi hosting kami. RAM yang dibenarkan adalah 768MB. RAM ini adalah terlebih cukup untuk laman web wordpress. Namun bagi laman web high RAM usage seperti web application dan lain-lain skrip. Anda boleh mengoptimasikan skrip atau kron anda untuk menurunkan penggunaan RAM, jika tidak, anda dinasihatkan untuk memakai VPS ataupun dedicated server sendiri.

Diharap artikel ringkas ini dapat memberi penjelasan apa itu http error 500 dan cara untuk mengatasinya. Terima Kasih.

 

This Post Has One Comment

Leave a Reply

Close Menu