Menambah Google reCAPTCHA dalam WordPress Anda

Google reCAPTCHA

Google reCAPTCHA adalah salah satu servis dari Google untuk mengelakkan laman web anda dibanjiri komen spam atau cubaan log masuk ke halaman pentadbir anda oleh “bot”. reCaptcha menggunakan teknologi analisis untuk membezakan antara manusia dan robot (selepas ini dipanggil bot).

Kebiasaan teknologi reCaptcha memerlukan anda menjawab soalan atau menaip aksara tertentu untuk mengesahkan bahawa anda adalah manusia, bukan bot. Namun kebiasaan teknik ini amat menyusahkan. Google mencipta teknologi reCaptcha tanpa perlu menyelesaikan sebarang permasalah. Ia menggunakan teknologi pengesan pergerakan tetikus, klik atau sentuhan pada skrin telefon pintar untuk menentukan anda adalah manusia.

Namun jika Google Recaptcha gagal mengesan apa yang dinyatakan di atas, google akan meminta anda memilih gambar-gambar yang perlu dipilih. Contohnya pilih gambar bangunan dan lain-lain.

Bagaimana untuk memasang Google reCaptcha dalam laman web wordpress anda?

  1. Langkah pertama adalah dengan memasang pemalam Simple Google reCAPTCHA oleh Michal Novák. Anda boleh klik di link yang telah diberikan atau hanya cari Simple Google reCAPTCHA dalam direktori pemalam dalam WordPress anda. Pasang dan aktifkan.
  2. Pergi ke laman web Google reCaptcha. Daftar laman web anda, masukkan label, pilih V2, masukkan domain dan klik daftar.
  3. Seterusnya, anda akan dapat site dan secret key. Salin key ini.
  4. Masukkan site dan secret key ini ke dalam tetapan Simple Google reCAPTCHA anda. Cari tetapan->reCAPTCHA. Tekan Simpan Perubahan.
  5. Seterusnya anda perlu log keluar dan anda akan dapati Google ReCAPTCHA sudah diaktifkan di laman web anda.

Penutup

Bagaimana, mudah kan? Jom kita pakat-pakat pasang Google reCaptcha untuk menambah keselamatan di dalam laman web wordpress kita. Hanya semudah ABC sahaja. Selamat bereksperimen.

4 thoughts on “Menambah Google reCAPTCHA dalam WordPress Anda”

Comments are closed.