LiteSpeed Cache : Mengoptimasikan Kelajuan WordPress

Litespeed cache

Litespeeed cache merupakan satu plugin atau dalam bahasa Malaysia ia disebut pemalam WordPress.

Ia merupakan sebuah plugin yang mana fungsi utamanya adalah untuk melajukan dan mengoptimasikan laman web WordPress.

Plugin ini boleh didapatkan secara percuma di dalam gudang plugin wordpress sendiri.

WP Rocket

Terdapat banyak plugin pengoptimasian WordPress di luar sana. Namun tidak banyak yang betul-betul bagus.

Antara plugin terbaik adalah Wp Rocket. Namun Wp Rocket adalah plugin premium yang mana anda perlu membayar secara tahunan.

Litespeeed Cache adalah adalah plugin kelajuan yang menyaingi Wp Rocket. Dan ianya percuma. Namun, hanya server Webhosting yang menggunakan teknologi Litespeed + Cache sahaja yang boleh menggunakan plugin ini.

LiteSpeed Server

Di BSE Network, anda boleh menggunakan plugin ini dengan percuma. Kerana server Webhosting kami dikuasakan oleh Litespeed dan modul Litespeed cache sedia dipasang.

Kebanyakan server webhosting menggunakan sistem Apache, namun BSE Network menggunakan sistem LiteSpeed untuk mengoptimumkan laman web wordpress di server kami.

Menggunakan LiteSpeed Cache

Sebenarnya jika anda menggunakan BSE Network, anda tidak perlu pun memasang plugin ini kerana Webhosting kami memang dioptimasikan untuk WordPress.

Jika anda ingin melajukan laman web anda ke tahap seterusnya, anda boleh memasang plugin ini di dalam WordPress anda.

Berikut adalah cara untuk memasang dan menetapkan plugin ini.

1. Saya menggunakan laman web dummy di hosting BSE Network dengan theme Astra dan Elementor. Content menggunakan Astra Starter Site. Sebelum memasang plugin Litespeed Cache, saya test dulu menggunakan GT Metrix. Berikut adalah keputusan sebelum pengotimasian

2. Setelah itu, saya memasang LiteSpeed Cache melalui gudang plugin WordPress. Aktifkan.

3. Anda akan lihat paparan seperti berikut, banyak tetapan lanjutan anda boleh guna, tapi buat masa sekarang hanya klik enable sahaja.

4. Serta Merta anda boleh lihat perubahan perfomance jika diuji dengan Gtmetrix

5. Untuk memastikan laman web anda lebih laju, anda perlu mengoptimasikan gambar dalam laman web anda. Ya, LiteSpeed Cache memberikan fungsi ini secara percuma kepada anda. Hanya masuk LiteSpeed cache -> Image Optimization. Aktifkan, dan tekan submit untuk mengoptimasikan imej anda.

6. Selepas selesai pengoptimasian imej, anda boleh semak kembali rating anda, daripada 93% naik hingga ke 97%. Saiz halaman web juga berkurang sehingga hampir 25%.

Bagaimana? berminat untuk menggunakan plugin ini? Pastikan webhosting anda menggunakan sistem LiteSpeed. BSE Network memang menggunakan sistem LiteSpeed sejak dari dahulu lagi.

Jom cuba sekarang plugin LiteSpeed Cache ini. 😀

Leave a Reply

Close Menu