Kenapa kita tidak boleh menggunakan Nulled Theme

Apabila anda menggunakan wordpress, perkara utama yang anda cari adalah theme yang menarik. Untuk mendapatkan theme wordpress, anda mempunyai tiga pilihan, iaitu

  1. Theme percuma yang disediakan di dalam wordpress sendiri
  2. Membeli theme premium daripada pembekal theme seperti themify, elegant, envato dan lain-lain
  3. Memuat turun nulled theme premium secara percuma dari internet

Pasti anda pernah terlintas di dalam kepala, buat apa nak beli theme mahal-mahal padahal aku boleh download free sahaja dari internet theme nulled/crack. Sebagai seorang pembina laman web, perkara ini adalah perkara wajib bagi anda. Kerana anda masih belum belajar.

Nulled/Crack Theme

Apa itu sebenarnya nulled theme ini? Nulled theme adalah theme premium yang dijual tetapi dimodifikasi sumber kod agar anda boleh menggunakan tanpa sebarang lesen.

Anda pasti berfikir, alah.. aku pakai barang pirate dah bertahun. takde apa-apa pun terjadi?

Betul pendapat anda, namun theme tidak sama dengan aplikasi komputer anda. Kenapa nulled theme amat buruk untuk anda gunakan

  1. Illegal: Nulled theme adalah salah di sisi undang-undang. Walaupun ada perdebatan dengan isu lesen GPL. Namun anda menggunakan kerja keras orang lain tanpa mebayar titik peluh mereka.
  2. Tanpa Support: Nulled theme tiada sebarang support. Sebarang masalah dengan theme atau penggunaan theme anda perlu pandai-pandai. Tanpa support juga bermakna tanpa sebarang update.
  3. Pencerobohan: Jika anda menggunakan nulled atau crack theme. Sila ucapkan bye-bye kepada keselamatan laman web anda. Hal ini adalah yang paling penting saya akan huraikan di perenggan berikut

Pecerobohan Nulled Theme

Nulled Theme dapat menceroboh laman web anda sengan pelbagai cara. antara cara yang selalu digunakan adalah.

  • Meletakkan backlink laman web mereka dengan senyap-senyap. Pencerobohan jenis ini tiada sebarang masalah. Sebab tidak menjejaskan data anda.
  • Meletakkan kod iklan mereka dalam web anda. Anda letih-letih buat artikel, mereka buat duit dengan iklan anda. Anda tak kisah? no problem.
  • Menjadikan laman web anda sebagai botnet. Pernah dengar DDOS? antara sumber tentera DDOS adalah laman web anda. Mereka akan menggunakan sumber server anda untuk melncarkan serangan DDOS. Ini akan menjadikan laman web anda kehabisan sumber server.
  • Mencuri data-data pelanggan anda serta pelawat laman web anda.
  • menjadikan laman web anda sebagai tebusan. Kalau web suka-suka, boleh format sahaja, tapi kalau web penting. Menangis.

Adakah berbaloi dengan menggunakan nulled theme untuk web anda nampak cantik tapi memudaratkan? Pastinya tidak kan. Di BSE Network, mana-mana akaun yang pakai nulled theme, akan diauto-suspend. Kerana ia akan menjejaskan prestasi server dan menjejaskan pelanggan lain. Jadi dengan auto-suspend, semua orang selamat.

Jadi, elakkan menggunakan nulled theme dalam akaun anda, kecuali anda memang pandai membuang kod jahat sebelum menggunakan nulled theme tersebut.

Pernah gunakan nulled theme, jangan risau, otai pun ada yang kena. Apatah lagi newbie.

This Post Has One Comment

Tinggalkan Balasan

Close Menu