Kenapa kita perlu menggunakan Jetpack daripada Automattic

Jetpack adalah satu plugin yang dibina oleh pihak Automattic iaitu pemilik wordpress.com.

Plugin ini adalah satu plugin bundle Di mana Di dalamnya terdapat banyak plugin lain dengan pelbagai fungsi.

Bagi kebanyakan orang, mereka tidak suka memakai plugin ini di dalam laman web WordPress self host mereka.

Ini kerana mereka mempunyai masalah prestasi laman web yang berat ketika memakai Plugin ini.

Namun begitu, betulkah Jetpack menjadikan laman web anda berat? Anda perlu cuba sendiri.

Kenapa perlu pakai Plugin Jetpack?

Walaupun dilanda pelbagai kontroversi, jetpack adalah satu Plugin yang wajib dipakai di dalam laman web WordPress anda.

Ini kerana di dalam Jetpack, pelbagai fungsi yang diberikan akan menjadikan laman web anda lebih selamat dan laju.

Di sini saya akan nyatakan kenapa perlu menggunakan Plugin Jetpack di dalam laman web WordPress anda.

Single Sign On

Ini adalah fungsi yang paling penting dalam Jetpack. Dengan fungsi Single Sign On. Anda tidak perlu lagi mengingati kata laluan pengguna anda setiap kali nak masuk ke dalam web.

Cara login menggunakan single sign on

Ini paling bermakna bagi mereka yang mempunyai laman web yang banyak. Anda hanya perlu mengingati kata laluan wordpress.com anda sahaja.

Selain itu, dengan integrasi Google Sign In. Kata laluan WordPress.com juga anda tak perlu ingat. Hanya log masuk menggunakan akaun Google anda sahaja.

Aplikasi WordPress

Dengan menyambungkan laman web anda dengan WordPress.com. Anda akan dapat menggunakan aplikasi WordPress yang boleh didapati dalam Google Play.

Aplikasi ini amat memudahkan kerja terutama dalam menguruskan kemaskini tema dan pemalam laman web WordPress anda.

Penulis menggunakan aplikasi WordPress untuk menulis blog

Selain itu, jika anda seorang blogger. Anda boleh menaip artikel melalui aplikasi ini sahaja. Artikel ini ditulis pun menggunakan aplikasi WordPress.

Analitik

Dengan menyambungkan laman web anda dengan Jetpack. Anda akan dapat analitik percuma.

Analitik laman web, jangan dilihat pada trafik yang sedikit. Malu.

Tanpa perlu sebarang teknikal memasang kod analitik. Kini anda boleh memantau pelawat laman web anda hanya melalui jetpack sahaja.

Rumusan

Banyak lagi kelebihan menggunakan jetpack. Tetapi dalam artikel ini, saya hanya menceritakan 3 kelebihan yang paling penting bagi penulis.

Jom cuba. Ianya percuma sahaja. Ianya boleh didapati di dalam resipotari pemalam WordPress anda. Hanya cari jetpack, pasang dan aktifkan.