WordPress mempunyai fungsi pengasingan peringkat Pengguna dalam WordPress. Jika anda perasan, terdapat beberapa jenis Pengguna (user) dalam wordpress. Namun adakah anda tahu apakah perbezaan di antara akses Pengguna tersebut?

Terdapat 5 jenis akses Pengguna secara lalai dalam WordPress, dan jenis pengguna ini boleh bertambah jika anda memasang pemalam tertentu. 5 jenis akses pengguna tersebut adalah.

  1. Subscriber/Pelanggan
  2. Contributer/Penyumbang
  3. Author/Pengarang
  4. Editor/Penyunting
  5. Administrator/Pentadbir

Tahukah anda apakah fungsi atau kebenaran yang diperolehi oleh setiap Pengguna? Jom kita bincangkan seringkas mungkin.


Pelanggan

Pelanggan adalah di mana Pengguna boleh log masuk dan komen. Pengguna jenis ini tidak boleh menerbitkan atau menyumbangkan sebarang artikel ataupun halaman di dalam website anda.

Fungsi utama Pengguna jenis ini adalah sebagai pengomen ataupun keahlian samada untuk pembelian melalui aplikasi e-commerce dan lain-lain.

Penyumbang

Penyumbang pula mempunyai semua kebenaran seperti Pelanggan, dengan tambahan kebenaran untuk menyumbangkan artikel atau halaman bagi laman web tersebut.

Penyumbang boleh memasukkan artikel atau halaman, tetapi tidak akan diterbitkan sehinggalah disemak dan diterbitkan oleh Penyunting ataupun Pentadbir.

Pengarang

Pengarang pula adalah keahlian yang lebih tinggi daripada Penyumbang. Di mana Pengarang boleh menyumbangkan dan menerbitkan sendiri artikel atau halaman di laman web.

Namun kebenaran Pengarang hanya terhad kepada artikel dan halaman sumbangannya sahaja. Pengarang boleh menambah, menerbit, menyemak, dan dan memadamkan artikel ataupun halaman yang diterbitkannya sendiri. Namun tidak boleh menggunakan kuasanya untuk menyemak atau mengubah artikel Pengguna lain.

Penyunting

Penyunting pula mempunyai akses yang sama seperti Pengarang, namun dengan tambahan kebenaran untuk menyemak, mengubah, memadam, menerbitkan artikel sumbangan pengguna lain. Seperti menerbitkan atau mengubah artikel dari Penyumbang.

Pentadbir

Pentadbir adalah akses paling tinggi dalam laman web wordpress. Kelebihan atau perbezaan Pentadbir dengan Penyunting adalah, Pentadbir boleh mengakses, mengubah, menukar, memasang tema dan pemalam bagi laman web tersebut. Selain mengubah tetapan laman web keseluruhannya.


Bagaimana? Sudah faham jenis-jenis akses pengguna dalam WordPress? Diharap perkongsian ringkas ini bermanfaat dan membantu anda lebih memahami berkenaan WordPress.

 

* Artikel ini asalnya berada di laman web BSE Network, namun atas sebab teknikal. Artikel ini dipindahkan ke WP Malaya!

Leave a Reply

Close Menu