Unlimited Hosting

Pasti anda pernah dengar berkenaan syarikat hosting yang menyediakan pakej unlimited. Secara amnya, “unlimited” ini hanyalah trik pemasaran sahaja. Adalah mustahil bagi syarikat webhosting memberi akses tanpa had kerana di sebalik tanpa had tersebut, adanya perkakasan komputer yang terhad.

Namun syarikat webhosting boleh memberi akses “tanpa had” dengan syarat-syarat tertentu. Di sini saya akan terangkan satu persatu apa maksud terma yang digunapakai oleh hosting. Ini penting agar anda faham yang mana limited dan yang mana unlimited.

Terma dalam webhosting

  1. Physical Memori Usage: Di sini adalah jumlah RAM yang diberikan untuk akaun anda. Ini adalah jumlah RAM maksimum akaun cpanel anda boleh guna.
  2. CPU Usage: Di sini adalah penggunaan CPU, kebiasaanya setiap cpanel diberikan 1 CPU core. Penggunaan CPU dihadkan biasanya bermula 25% sehingga 100%. Bergantung pada hosting anda.
  3. Entry Processes: Ini menunjukkan jumlah akses ke laman web anda dalam satu-satu masa. Akses ini dikira daripada akses dari luar server. Bermaksud akses dari pelawat ke laman web anda. Contoh jika Web hosting hadkan 20 entry process. Cara kiraannya adalah: 20 entry/saat x 60 saat = 1,200 pelawat maksimum ke hosting anda dalam seminit tanpa sebarang masalah. Jumlah pelawat ini boleh dioptimasikan lagi dengan penggunaan CDN seperti Cloudflare.
  4. Number of Processed: Menunjukkan semua jenis proses yang berlaku dalam cpanel anda. Termasuk entry process, namun ditambah dengan proses dari server dalaman seperti akses skrip, akses email dan akses cron job.
  5. I/O Usage dan IOPS: Ini adalah limitasi penggunaan akses hard disk dalam satu-satu masa. Sebagai contoh jika cpanel hadkan I/O usage 5MB/saat dan IOPS sebanyak 2,048 fail/saat. Dikira yang mana sampai dulu.
  6. Disk Usage: Ini menunjukkan had penggunaan simpanan di dalam cakera simpanan server.
  7. File Usage: Jumlah fail yang dibenarkan disimpan di dalam server.
  8. Bandwith: Jumlah perjalanan data keluar dan masuk ke dalam hosting anda
  9. FTP account: Jumlah akaun maksimum untuk akses cpanel anda.
  10. Addon Domain: Jumlah domain tambahan boleh ditambah ke dalam cpanel anda
  11. Aliase: Jumlah domain yang dibenarkan untuk parking dalam laman web anda (1 laman web, banyak nama domain).
  12. Subdomain: Jumlah domain anak yang dibenarkan.

Ulasan

Di atas dinyatakan secara ringkas tentang terma yang digunakan dalam Cpanel. Sila hubungi pihak hosting anda untuk melihat had limitasi yang digunakan untuk cpanel anda.

Dapatkan hosting 100% SSD + Unlimited Bandwith – Di Sini

Di hosting yang saya sediakan secara amnya adalah Tanpa Had dengan limitasi Berikut:

  • RAM 786MB
  • 100% CPU (1 Core)
  • 20 Entry Processes
  • 100 Process
  • 8MB I/O usage
  • 2,048 IOPS

Selain di atas, semuanya unlimited* untuk laman web (selagi tidak salah guna). Ada apa nak diperbetulkan, sila komen. Maklumat di atas adalah separuh masak kerana setiap terma memerlukan satu penulisan artikel bagi memahamkan anda.

 

This Post Has 3 Comments

  1. Pakej shared hosting yang saya gunakan sekarang mempunyai limitasi sebanyak 1MB untuk I/O.

    Dan kadang-kadang penggunaan I/O melebihi 1MB.

    Pening juga nak fikirkan macam mana nak atasi masalah I/O lebih 1MB ni.

Leave a Reply

Close Menu