Di mana nak dapatkan domain murah?

Domain

Ramai di kalangan kita yang tercari-cari di mana tempat yang boleh dapatkan nama domain dengan harga yang murah tanpa sebarang trik pemasaran? Jawapan paling mudah terus tepat atas dahi, NAMESILO.

 

Tak ada masa nak baca kat bawah? Layan jer video ni.

Kenapa Namesilo?

Namesilo adalah antara penyedia domain yang paling murah tanpa sebarang gimik. Bagi domain .com, harga tahunannya adalah sebanyak USD8.99 sahaja setahun. Tanpa trik murah tahun pertama, mahal tahun kedua.

Selain itu, semakin banyak domain anda beli di sini, anda berhak mendapat diskaun. lihat gambar di bawah.

Selain itu, NAMESILO juga memberi perlidungan privasi dan perlindungan domain dengan percuma. Harga perkhidmatan ini di tempat lain boleh sampai USD10.

Ulasan

Memang amat-amat berbaloi menggunakan perkhidmatan NAMESILO ini, pengalaman peribadi. Domain propogation juga amat-amat cepat. Saya menggunakan Domain NAMESILO dan hosting BSE NETWORK. Masa propogation adalah kurang 60 saat. Teramat pantas.

Ada satu lagi syarikat yang menawarkan domain murah, iaitu namecheap. Namun saya tidak boleh komen kerana tidak pernah menggunakan perkhidmatan mereka.

This Post Has 8 Comments

  1. Boleh beli domain kat Namesilo pulak lepas ni. Sekarang saya banyak beli domain di gempakbox RM45

  2. Alhamdulillah terima kasih tuan

    sayalah insan yang selalu ena gimik tahun 1st murah tahun kedua cekik darah tu

    huhu

    appreciate sangat info ini

    jzkk

  3. Baru je berpindah ke namesilo. Memang berbaloi!

    Cubalah sekarang. Hehe.

Leave a Reply

Close Menu