Cara untuk menggunakan emel domain sendiri

Emel domain syarikat sendiri adalah di mana anda menggunakan alamat emel seperti berikut namaanda@domainanda.com. Dan bukannya @gmail.com atau @yahoo.com.

Antara kepentingan menggunakan alamat emel dengan domain sendiri adalah

  1. Menunjukkan keprofessionalisma  syarikat anda
  2. Menambahkan kepercayaan klien anda
  3. Sesetengah tender/geran kerajaan memerlukan emel domain sendiri sebelum boleh sertai.

Langkah pertama yang perlu anda buat adalah membeli webhosting dan nama domain syarikat anda. Pastikan hosting anda menyediakan perkhidmatan hosting emel sekali. Hosting yang dicadangkan adalah BSE NETWORK. Di hosting ini ada disediakan perkhidmatan emel.

Harga Hosting + Domain hanya RM150 sahaja setahun.

Selepas anda mendaftar hosting, sila log masuk ke akaun cpanel anda. Cara log masuk adalah menambahkan “/cpanel” di belakang domain anda. Contoh domainanda.com/cpanel. Kemudian masukkan maklumat log masuk yang diterima dalam emel.

Selepas itu, sila taip “mail” di dalam kotak carian, dan klik “Email Account”.

Kemudian anda hendaklah mencipta satu alamat emel anda. anda bebas menggunakan apa-apa username. Kemudian tekan Create. Pastikan anda ingat password anda

Untuk login ke emel yang baru anda buat, letakkan “/webmail” di belakang domain anda. Contohnya domainanda.com/webmail.

Tahniah, kini anda boleh menggunakan emel anda dengan jayanya. Jika anda tidak biasa menggunakan sistem webmail dan ingin mengintegrasikan emel syarikat anda ke dalam Google Mail. Sila baca artikel di bawah.