Assalamualaikum dan salam sejahtera, pasti ramai antara kita sakit hati apabila had muat naik media dalam WordPress hanya 2MB sahaja.

Jangan risau, hari ini akan dikongsikan bagaimana menukar had muat naik WordPress agak boleh muat naik media melebihi 2MB.

Langkah mengemaskini had muat naik media ke WordPress.

  1. Pertama sekali, anda perlu log masuk ke akaun cpanel laman web anda. Taip “PHP” dalam kotak carian dan klik “select php version“.
  2. Di dalam pilihan tersebut akan keluar seperti berikut. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah tukarkan versi php anda ke versi 7.0. Langkah ini tidak wajib, namun untuk prestasi yang lebih pantas, gunakan versi 7.0 ke atas. Selepas tekan save, klik “switch to PHP option“.
  3. Tukarkan max_upload, max_time, dan max_post ke pilihan berikut. Sila rujuk gambar. Kemudian tekan save.

Anda bebas menukar mengikut citarasa anda tapi hendaklah mengikut spesifikasi server anda. Bagi penulis, pilihan di atas adalah yang terbaik.

Diharap tutorial ini boleh membantu anda menyelesaikan masalah had muat naik 2MB WordPress anda.

 

* Artikel ini asalnya berada di laman web BSE Network, namun atas sebab teknikal. Artikel ini dipindahkan ke WP Malaya!

Tinggalkan Balasan

Close Menu