Banyak cara untuk menyemak bilangan pelawat ke laman web anda. Antara alat  yang paling popular adalah Google Analytic. Kelemahan Google analytic adalah anda perlu memasang pemalam wordpress (atau masuk kod dalam fail) dan mendaftarkan di dalam Google. Ini akan mengambil masa walaupun amat berbaloi memakai Google Analytic.

Namun tahukah anda terdapat cara yang lebih mudah untuk melihat analisis pengunjung ke laman web anda tanpa memasang apa-apa? Jawapannya adalah melalui AWSTATS.

Apakah itu AWSTATS?

AWSTATS adalah salah satu alat analisis lengkap penggunaan sesuatu laman web. Ia biasanya disediakan percuma dalam Cpanel Hosting. Antara data yang boleh dianalisis di dalam AWSTATS adalah.

  • Jumlah kunjungan pelawat dan jumlah pelawat unik ke laman web anda.
  • Tempoh lawatan pengunjung serta kunjungan terbaru
  • Segala macam data seperti penggunaan bandwith, jumlah halaman dibuka dan lain-lain.
  • Analisis “Keyword”  jika ada pelawat yang datang melalui enjin carian seperti Google atau Yahoo
  • Dan banyak lagi.

Bagaimana nak akses AWSTATS?

Untuk mengakses AWSTATS adalah amat mudah, langkah pertama adalah anda perlu log masuk ke dalam akaun Cpanel Hosting anda.

Kemudian, taip AWSTATS di dalam kotak carian. Dan klik ikon AWSTATS.

Seterusnya, pilih alamat laman web yang anda ingin semak.

Dan di halaman seterusnya, anda akan dapat lihat data-data penting. Anda perlu menjelajah sendiri di bahagian ini untuk melihat semua data-data yang tersedia.

Bagaimana? Mudah kan? Ini adalah cara paling mudah dan lengkap nak dapatkan data mengenai penggunaan laman web anda. Antara muka memang tak menarik, tapi datanya lengkap.

 

* Nak pakai web hosting power dengan harga berbaloi? Dapatkannya di sini

Leave a Reply

Close Menu