Cara Semak Kelajuan Laman Web Anda

Semak Kelajuan Laman Web Anda

Jika anda pentingkan kedudukan SEO anda dalam enjin carian. Perkara paling penting adalah kelajuan laman web anda. Laman web yang laju adalah amat penting untuk mengekalkan pelawat dalam laman web, selain itu majoriti pelawat tidak akan menunggu laman web yang lambat.

Google akan meletakkan web anda di kedudukan yang rendah jika kelajuan laman web anda tidak memuaskan. Undang-undang bawah 201ms adalah terpakai untuk laman web yang baik.

Bagaimana nak semak kelajuan laman web?

Terdapat beberapa alat untuk menyemak kelajuan laman web, antraranya adalah:

Google Page Speed Insight

Google Page Speed Insight adalah alat yang paling mudah untuk melihat kelajuan laman web anda.

Di akhir semakan, Google Page Speed akan memberikan beberapa tip untuk melajukan kelajuan web anda. Keputusan kelajuan laman web anda akan diberi rating 1 hingga 100 dan keputusan akan diasingkan kepada dua, iaitu kelajuan mobile dan kelajuan desktop.

GTMETRIX

GTMetrix adalah satu laman web untuk menyemak kelajuan dan persembahan laman web anda. Berbeza dengan Google Page Speed yang hanya memberi rating 1-100 dan Gred ABC. Gtmetrik memberikan lebih data dengan menunjukkan kelajuan pemuatan laman web anda dalam skala saat dan memberikan jumlah yang lengkap.

Gtmetrix penting untuk melihat berapa banyak masa diperlukan untuk memuatkan laman web anda, berapa besar saiz laman utama laman web anda dan berapa banyak http request laman web anda gunakan. Di sini anda boleh cuba melajukan laman web anda dengan fokus kepada maklumat ini.

PINGDOM

Pingdom adalah satu alat yang hampir sama dengan GTMetrix, namun yang membezakan adalah keputusan kelajuan yang diperolehi. Ini kerana kedudukan server penguji yang berada di lokasi yang berbeza.

Namun begitu, alat ini adalah amat sesuai bagi mendapatkan kelajuan purata laman web anda. Ia juga nampak lebih interaktif.

Bagaimana untuk melajukan laman web anda?

Kini anda sudah tahu prestasi laman kelajuan laman web anda. Persoalannya, bagaimana untuk melajukan laman web anda?

Persoalan ini amat subjektif. Pelbagai faktor perlu dipertimbangkan, antaranya adalah WebHosting yang bagus, pemilihan tema dan pemalam yang sesuai, gambar yang ringan dan banyak lagi Faktor.

Ini ada satu artikel cara melajukan laman web oleh saudara Hadee Roslan,

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda semua

2 thoughts on “Cara Semak Kelajuan Laman Web Anda”

Comments are closed.