Cara Pindah Fail Antara Web Hosting

Pemindahan fail antara web hosting

Salah satu perkara yang menyakitkan kepala para pembangun laman web adalah apabila ingin memindahkan fail semasa melakukan pemindahan web hosting. Pembangun laman web terpaksa memuat turun fail dari web hosting lama ke dalam komputer dan memuat naik kembali fail tersebut ke web hosting yang baru.

Ini tidak menjadi masalah jika fail yang ingin dipindahkan bersaiz kecil, namun akan menjadi masalah apabila fail yang dipindahkan bersaiz besar. Terutama pembangun laman web yang memakai pakej Streamyx, yang mana had kelajuan muat naik yang perlahan walaupun pakej 8Mbps sekalipun, had muat naik Streamyx hanya 512kbps. Bagi fail yang bersaiz 1GB, paling kurang 4 jam diperlukan untuk proses muat naik selesai.

Saya sebagai individu yang selalu melakukan pemindahan Laman Web WordPress secara manual, proses ini amat menyakitkan. Namun baru-baru ini saya terjumpa satu solusi di mana kita boleh memindahkan fail antara Webhosting tanpa melalui komputer sendiri. Proses ini tidak memerlukan akses ssh ataupun root akses, ia boleh dilakukan dengan hanya mempunyai akses ftp sahaja.

Cara pindah fail antara Webhosting cara terus menggunakan MultiCloud

Langkah pertama adalah, anda perlu medaftar di MultCloud. MultCloud adalah platform pengurusan fail di server “Cloud” yang mana anda boleh mengurus fail anda dari pelbagai sumber dengan hanya satu papan muka sahaja. Antara servis yang boleh dihubungkan di dalam MultCloud adalah Dropbox, OneDrive, Google Drive, FTP Webhosting dan pelbagai lagi. Sila klik gambar di bawah untuk mendaftar akaun percuma di MultiCloud.

MultCloud – Solusi pemindahan fail antara hosting

Harga Servis MultCloud

Sebelum kita meneruskan ke langkah seterusnya, kita semak dulu harga servis MultCloud ini. Anda boleh mendapatkan servis MultCloud secara percuma untuk pemindahan fail sebanyak 2TB pertama. Namun jangan risau kerana anda boleh mendapatkan had pemindahan tanpa had dengan menjemput rakan-rakan anda menyertai MultCloud. Setiap rakan yang menyertai MultCloud, anda akan mendapat tambahan 100GB had pemindahan. 

Jika anda malas untuk menjemput rakan, anda boleh melanggan akses tanpa had MultCloud dengan harga sebanyak USD7.99 sahaja sebulan. Manakala untuk langganan setahun pula anda dapat berjimat sehingga hampir 30% di mana harga langganan tahunan MultCloud hanya USD69.99 sahaja.

Update: Pihak MultCloud sudah menukar sistem perniagaan serta pakej mereka. Kini ada pakej percuma dengan had pemindahan data 50GB sahaja sebulan. Plan berbayar bermula dengan 7.99 – 9.99 usd setiap bulan, sila rujuk laman web MultCloud untuk maklumat lanjut

Buat akaun FTP

Langkah kedua, anda perlu mebuat akaun FTP di akaun hosting lama dan baru anda. Sebenarnya akaun FTP ini dah disediakan oleh hosting anda semasa mendaftar. Namun dalam panduan ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuat akaun FTP yang baru.

Untuk membuat akaun FTP, anda perlu log masuk ke dalam akaun CPanel web hosting anda, Cari FTP Accounts, klik dan anda akan dapat paparan berikut.

  1. masukkan username akaun FTP anda
  2. masukkan password atau kata laluan akaun FTP anda
  3. Kosongkan bahagian ini jika akaun ini boleh akses keseluruhan fail dalam cpanel, namun anda boleh hadkan akses dengan memasukkan “folder” yang dibenarkan sahaja. Dalam kes ini saya hanya akan kosongkan.
  4. Pilih qouta dan tekan “Create FTP Account”

Langkah di atas adalah tutorial sahaja. Anda tidak perlu membuat akaun FTP pun sebenarnya kerana username dan password Cpanel anda sebenarnya sudah mempunyai akses FTP.

Pastikan anda ada username dan password Cpanel bagi kedua-dua hosting anda untuk ke langkah seterusnya. Anda boleh buat akaun FTP yang baru jika mahu.

Pautkan akaun dan pindah fail

Setelah anda selesai membuat akaun FTP anda, anda perlu memautkan akaun hosting anda ke dalam MultCloud. Untuk memautkan, sila ikut langkah di bawah.

  1. Daftar dan log masuk ke dalam akaun MultCloud anda, di atas sebelah kiri klik “add cloud drive”, pilih FTP dan klik next. Rujuk gambar di bawah.
  2. Masukkan nama Hosting, masukkan domain dimulai dengan ftp://, username dan password. dan tekan Add FTP Account. Pastikan anda buat langkah ini bagi kedua dua hosting anda. Ulang langkah 1 dan 2 bagi hosting kedua anda.
  3. Setelah anda memautkan kedua-dua hosting anda, anda boleh pilih fail mana nak dipindahkan ke hosting yang baru. Hanya klik kanan atas fail hosting asal dan pilih “copy to”, satu paparan pilihan akan dipaparkan dan anda boleh pilih mana-mana “folder” di dalam hosting baru untuk dipindahkan. Dan klik transfer, setelah klik transfer, fail anda akan dipindahkan dari hosting lama ke hosting baru. Pastikan pilih copy untuk keselamatan, dalam kes pemindahan tersekat di tengah jalan.

Wala.. Semudah A, B dan C

Bagaimana? Mudah kan, kini kalau nak pindah fail, tak perlu lagi pening nak muat turun dan muat naik lagi. Semuanya boleh dilakukan di dalam MultCloud. Di harap tip ini dapat membantu anda dalam memindahkan fail dari hosting ke hosting. Jangan lupa share dan komen artikel ini jika anda rasa ia bermanfaat. Jumpa lagi dalam artikel akan datang.

Artikel akan datang akan mengajar anda cara untuk memindahkan laman web wordpress secara manual (tanpa plugin) dari hosting A ke hosting B. 😀

Tinggalkan Balasan

Close Menu