Cara menggunakan Klien Area BSE Network

Gunakan Klien Area untuk akses Cpanel, Webmail dan buat Emel

Terima Kasih kerana menggunakan Hosting BSE Network.

Di sini akan ditunjukkan bagaimana mengoptimasikan penggunaan Klien Area BSE Network.

Langkah Pertama, sila log masuk ke Klien Area BSE Network di https://billing.bsenetwork.com/clientarea.php

Anda boleh Log Masuk menggunakan akaun yang berdaftar semasa membeli hosting, anda boleh pautkan akaun anda dengan Facebook atau Gmail jika emel anda sama dengan emel yang berdaftar dengan Klien Area. Kelebihan pautkan dengan Facebook atau Gmail adalah anda tak perlu ingat password anda selepas ini.

Seterusnya Klik di atas Akaun hosting yang ingin anda akses. Rujuk gambar di bawah.

Di halaman berikut, anda akan dapat lihat beberapa pautan untuk memudahkan kerja anda.

  • Anda boleh log masuk akaun Cpanel anda tanpa perlu tahu pun password Cpanel anda. Klik sahaja Cpanel Login. Anda akan dilog masuk secara automatik.
  • Untuk akses web mail, boleh klik link Webmail Login, ini adalah tempat untuk log masuk akaun emel atas nama domain anda.
  • Anda juga boleh buat emel baru tanpa perlu log masuk Cpanel, hanya masukkan username dan password, kemudian create emel.
  • Di sini juga ada beberapa pautan cepat untuk akses beberapa fungsi penting dalam cpanel anda, contohnya akses File Manager akaun cpanel anda.

Anda boleh lihat gambar di bawah untuk kefahaman apa yang diceritakan di atas.

Tips Ringkas ini dibawakan oleh: BSE Network – Unlimited Web Hosting

Tinggalkan Balasan

Close Menu