Error 404

Pernah atau tidak laman WordPress anda mempunyai masalah Error 404? Error 404 ialah di mana server tidak dapat menjumpai artikel anda di dalam database kerana masalah pautan url yang bermasalah. Kebiasaan masalah ini terjadi apabila anda memindahkan laman web anda ke Hosting baru, ataupun anda ada membuat perubahan pada fail-fail WordPress.

Bagaimana cara untuk membaiki Error 404

Langkah pertama, anda tidak perlu panik. Bertenang, apa yang anda perlu lakukan adalah log masuk ke halaman pentadbir laman WordPress anda. Pastikan anda log masuk dengan akaun yang mempunyai akses pentadbir, kerana anda perlu mengubah tetapan. Akses selain pentadbir tidak boleh mengubah sebarang tetapan di dalam laman web wordpress.

Jenis akses pengguna wordpress – baca sini

Kemudian, anda hendaklah masuk ke bahagian tetapan (setting), dan pergi ke bahagian pautan kekal (permalink). Di sini, anda hanya perlu tekan simpan perubahan sahaja. Dan anda boleh cuba lihat laman web anda masih mempunyai masalah Error 404 atau tidak. Langkah ini 99% dapat menyelesaikan masalah error 404.

Jika langkah di atas tidak menyelesaikan masalah anda, anda perlu log masuk ke akaun Cpanel anda. Kemudian masuk ke bahagian fail, cari .httaccess. Untuk memastikan anda dapat melihat fail .httacces dalam pengurus fail Cpanel anda. Anda perlu cari tetapan, Nyah-klik “hidden system files”.

Di dalam .httacces. Sila masukkan kod ini dan tekan simpan.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
# BEGIN WordPress
<IfModule mod_rewrite.c>
RewriteEngine On
RewriteBase /
RewriteRule ^index.php$ - [L]
RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} !-f
RewriteCond %{REQUEST_FILENAME} !-d
RewriteRule . /index.php [L]
</IfModule>
# END WordPress

Selesai masalah

Bagaimana? masalah anda kini sudah selesai? Kebiasaannya dua langkah di atas menyelesaikan hampir keseluruhan masalah wordpress Error 404. Namun, jika masalah masih juga berlaku. Anda perlu menghubungi pengurus laman web anda. Saya boleh membantu jika penyelesaian di atas tidak berkesan dengan sedikit bayaran. Namun hanya jika anda tidak menjumpai solusi masalah tersebut di tempat lain. Terima Kasih.

This Post Has 4 Comments

Tinggalkan Balasan

Close Menu